mercu kejayaan

mercu kejayaan
RASULULLAH BERSABDA: "SABAR ITU PADA PUKULAN PERTAMA" (RIWAYAT MUSLIM)

Popia Nestum Snowy

Assalamualaikum wbt.. XOXO..im back again.. ehek. kan dah cakap, baru ada masa luang nak tulis tulis coretan.. eh korang follow up x news about Palestine?? tolong tolong tolong follow.. tak terkata dah kesian saya.. makin bertambah penduduk palestine yang ditembak, terbunuh, subhanallah... zionis laknatullah.. dan MH17 plak alhamdulillah kotak hitam tu diserahkan kepada Malaysia dengan persetujuan Ukraine.. senanglah bagi pihak kita untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut..moga segala persoalan dan kekejaman ini akan terbongkar siapa pihak yang PATUT bertanggungjawab..amiinn. 

OKEYH. tengok tajuk.. mesti korang cakap ala senang je, ala dah berpuluh kali dah aku buat, ala ni pon nak update, ALA SUKA ATI SAYA!! haha.. xdelah, hehe memang pon sesaje nak share ng u ols yang cute meletop lagi hensem.. actually first time buat ni..xpernah buat pon lagi popia nieh...yg nia namanya Popia Nestum Snowy..cheehh..nak jugak snowy bagai.. eh,suka hati saya la..haha..

OKEYH. rasanya semua dah sedia maklum dan tahu akan bahan2 nya dan cara nak buat..xpe.. kita share cikit..

bahan-bahan: 

- 1 pek popia (50 keping)
- nestum (1 cawan)
- gula halus (1/2 cawan)
- ho ho horlick (1/2 cawan)
- 1 batang lidi satay (terpulang anda untuk size tu, option: bleh guna 2 lidi satay/straw/chopstick)
- sedikit tepung gandum yang dibancuh dengan air

cara-cara: 

1) popia digulung bersama size batang lidi satay tu (like pic kt bawah). kemudian dihujung lipatan popia itu, lekatkan dengan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air supaya popia itu tidak terbuka.
2) kemudian potong/gunting kan popia yang telah digulung, mengikut kreativiti anda
3) gorengkan popia itu (jangan sampai warna gelap, sedang2 saja)
4) kemudian, kisarkan nestum, kemudian campur bersama gula halus dan horlick
5) setelah popia siap digoreng dan biarkan sejuk sedikit, masukkan bahan2 campuran tadi bersama popia.

SIAP!!







untuk sukatan saya kasi ni, untuk satu balang ni (mcm dalam gambar diatas)..

Actually im not so penggemar sangat tapi sesaje nak buat n boleh hidangkan kepada tetamu nanti.. =) seronok sangat bila berkongsi makanan dengan orang.. hati rasa puas.. OKEYH. done. sesape rasa eh mcm lain je macam betol ke dia nie..haha..suka hati korang nak ikut tak, kita nak share je ..hehehe.. kalau korang buat,then rasa sedap.. alhamdulillah, yang baik itu dari Allah.. selamat berpuasa untuk esok bloggers!! with love <3 . jazakumullahu khairan katsira.. ^^..

8 comments:

Anasyg said...

sedap ni, makan sorang ngadap tv mmg habis sebalang.

fifie feyca said...

nik.. best nye popia nestum snowy laa plak kan... comey plak dia buat gtu. nanti sonang2 nk try buat la y nie... mcm simple msm bole buat klu ade mase lo.. haiisshh.. hehe!!

iwhoz.com said...

Memang sedap mkn sambil bawa kereta untuk hilang mengantuk.

Apabila Hati Terbuka said...

Alhamdulillah macam sedap je . hehe boleh nik cuba nie kan .

http://milikallahsepenuhnya.blogspot.com/2014/07/wordless-ramadhan-persahabatan.html

Feeya Fariesya said...

sedap ni.... kalu mengadap tv makan ni konpom habis sahaja tanpa menyedari.. hahaha

Julina Alias said...

kenapa akk buat dia xmau lekat...dia terbuka..benci la....

Nik Aisyah said...

@AnasSyg memang syok habes makan smbil tgk tv...hee.

@fifiefeycs buat2, senang dan mudah.. hee..

@iwhoz.com haha boleh..tp jgn sampai hilang fokus memandu plak.. hehe.. :D

@ApabilaHatiTerbuka silakan hehe..

@FeeyaFariesya hahah..kan..tuptup habis mknan dulu dari movie hee.

@JulinaAlias ya Allah.. akak silap saya.. lupa nak tulis kat cara2.. lepas gulung, lekatkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan air di hujung lipatan popia tu..supaya melekat.. hehe..maaf kak..saya dah edit dah..dekat bahan2 dah tulis tapi lupa nak masuk lam cara2.. :D

Azhafizah Md Nor said...

mudah je kan..sedap pulak tu..boleh cuba ni