mercu kejayaan

mercu kejayaan
RASULULLAH BERSABDA: "SABAR ITU PADA PUKULAN PERTAMA" (RIWAYAT MUSLIM)

"Diari Ammar"

assalamuaikum wbt.. bersapa tidak bertemu apakan lagi kan warga blogger sekalian.. :) rindu pulak jari nak menari nari menaip sesuatu yang dapat dikongsikan bersama di dalam blog ni.. saya pon lama tidak jenjalan blog..seronok jenjalan blog.. macam macam ragam penulis hehe.. disamping ada ilmu yang ditimba ya, bukan hanya suka suki..

alhamdulillah sekarang telah masuknya semester ke 6 bagi tahun tiga bachelor of science human resource development. tutup buka tutup buka tutup buka mata, sekejap je detik masa berlalu dengan berfaedah mahupon tidak berfaedah yang saya sendiri isi kan.. moga berfaedah disamping penuh dengan redha ALLAH.. in shaa Allah..

pada 9 februari 2014.. pihak persatuan mahasiswa Islam (PMI) telah menganjurkan satu sesi ceramah di Masjid Sultan Ibrahim di UTM yang bertajuk "Diari Ammar" dengan lebih jelas tajuk bicara hari itu adalah:
Takbir Insani Dan Takdir Ilahi..
 slot ini disampaikan oleh ibu dan bapa kepada arwah Ahmad Ammar sendiri iaitu En. Ahmad Azam Ab Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz..
arwah Ammar baru sahaja bertapak perjalanan ingin meneruskan perkongsian ilmu2 yang dimiliki dengan mengajar di turki namun hayatnya hanya separuh, Allah menarik beliau ketika dalam perjalanan ke tempat pengajarannya.

Siapa Sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam?. Kebelakangan ini, banyak perkongsian tentang kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter. Tetapi ramai juga yang bertanya siapa sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Untuk info, Ahmad Ammar telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Beliau dilanggar oleh sebuah ambulan ketika melintas jalan di Istanbul pada hari Sabtu 2 November 2013.

Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki. Beliau berusia 20 tahun adalah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif dan bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun 1997-2005.

berdasarkan cerita ayah beliau, beliau bermimpi bertemu bidadari syurga yang sangat cantik dan menyebabkan beliau berfikir adakah patut dia menjadi mujahid atau pendakwah? jika bermujahid beliau terpaksa mengambil senjata dan turut serta melawan dalam perjuangan Islam dan jika pendakwah beliau perlu menyampaikan segala ilmu yang diterimanya terlebih dahulu kepada hamba Allah.. jadi beliau memilih untuk mneruskan jalan dakwah.

ibu beliau turut menyatakan bahawa beliau tidaklah seorang anak yang pelbagai ragam dan suka mengadu domba.. beliau sentiasa merahsiakan dan kurang berkongsi jika terdapat masalah, segala perjalanan harian beliau dicatatkan di dalam sebuah diari.. pernah sekali ibunya bertanya result exam namun kata arwah Ammar.. "teruk mak,teruk..".. tapi bila ibunya soalselidik melalui rakan dan pensyarah, rupanya result beliau adalah yang terbaik dari pelajar lain.. segala perbuatan atau aktiviti harian Ammar diturki seperti bermain bola, berenang diketahui ibunya melalui rakan2..

bapanya ingin melahirkan seorang anak yang mampu mengorek kembali sejarah Islam sebenar kita diTurki yang ditinggalkan manusia tanpa siapa untuk mengkaji sejak zaman Uthmaniyah. jadi Ammar disuruh untuk mengambil pengajian dalam bidang Sejarah walaupun beliau hebat dalam semua bidang. berpandukan 7 formula yang digunakan oleh bapa kepada Al-Fateh, Al-Fateh ialah pemimpin yang membuka kota konstantinopel di Turki.

7 formula itu adalah: 
1) mempunyai wawasan ummatin.
2) menamakan anak dengan maksud yang baik.
3) beradap dengan ibu bapa.
4) menguasai Al-Quran (menghayati dan memahami- arwah mengamalkan 10 mukasurat sehari)
5) solat tahajud (arwah mengamalkan semggu sekali solat tahajud)
6) menguasai ilmu dulu dan kini untuk kepentingan zaman kini (diolahkan)
7) mesti mempelajari banyak bahasa (jika dpt menguasai 4 bahasa, in shaa Allah kita dpt mnguasai 1/5 bangsa)

Di Turki, beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai kerana di usia yang muda, beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik, rajin, berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam.

Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

begitulah sedikit info tentang allahyarham Ahmad Ammar.. pesan ibu bapa beliau kepada kami para pelajar, jadikan isu ummah negara kita sebagai bahan bualan kita bersama yang lain.. wawasan ummatin perlu diterapkan dalam diri kita sendiri.. sejarah Islam penting untuk diselongkarkan.. jangan biarkan ianya berhabuk dan kita dijajah untuk kali kedua..
mereka rela menepikan rasa sedih dan pilu dalam hati untuk meneruskan perjuangan ini dengan bercerita tentnag kebaikan anak mereka dan supaya dapat djadikan teladan dan kita adalah penyambung generasi. Allahuakbar. wallahu'alam.