mercu kejayaan

mercu kejayaan
RASULULLAH BERSABDA: "SABAR ITU PADA PUKULAN PERTAMA" (RIWAYAT MUSLIM)

Puding Karamel / Puding Gula Hangus

assalamualaikum wbt.. salam jumaat.. salam penghulu segala hari.. :) 

ahaa.. pada hari raya kelima.. umi ada buat reunion bersama rakan2 sekolah umi.. so umi decided nak buat puding karamel... wah menarik jugak masuk perut ni kan hehe.. memandangkan saya pun dah lama xbuat.. apa kata saya tolong umi.. tapi kali ni kami buat dalam kuantiti yang banyak.. kali ini saya akan kongsikan untuk kuantiti around 25 bekas bulat yang kecil.. (tengok gambar dibawah).

so saya nak kongsi sedikit resepi puding karamel.. semua orang reti buat agaknya ni hehe.. dan mungkin resepi kita berbeza.. biasalah tu.. resepi berbeza alih alih.. eh sama bentuk cam aku buat?? haa..situ kau jemah haha.. saya xkisah.. masing masing punya cara..

Bahan-bahan:
- 25 bekas bulat kecil
- pengukus
- gula (2 cawan)
- 1 tin susu pekat (ada orang gunakan susu cair)
- 1 setengah tin air biasa (air masak)
- sedikit esen vanila
- telur ayam (9 biji)

Cara-cara:
1) cairkan gula
2) setelah itu titikkan di dalam setiap bekas bulat kecil. lakukan dengan segera kerana gula akan cepat mengeras. jika gula itu telah mengeras, panaskan kembali sehingga ianya cair dan titikkan di dalam setiap bekas kecil itu.

3) panaskan periuk pengukus.
4) untuk adunan, masukkan telur, air masak 1 setengah tin susu, dan sedikit esen vanilla.. kacau. (tidak perlu sebati pun tak apa)
5) setelah itu, adunan yang dicampur itu, perlu di tapis menggunakan penapis untuk mendapatkan adunan yang smooth.
6) setelah periuk pengukus dipanaskan, letakkan bekas bulat kecil itu yang diisi dengan gula sekejap. (2-3 minit)
7) kemudian tuangkan adunan yang dibancuh ke dalam bekas bulat kecil tersebut.


8) dan kembali mengukus (20-35 minit, bergantung, jika ianya dilihat keemasan, ianya siap).

SIAP!
untuk lebih menarik, letakkan potongan buah buahan di atas puding tersebut.. (di dalam gambar dibawah, saya letak potongan nenas, untuk lebih rasa yang lebih memukau, anda boleh menggantikan air dengan air nenas, contoh : air masak 1 tin susu + air nenas setengah tin susu).



No comments: