mercu kejayaan

mercu kejayaan
RASULULLAH BERSABDA: "SABAR ITU PADA PUKULAN PERTAMA" (RIWAYAT MUSLIM)

kahwin itu mudah sebenarnya.

1/3/2014 - Tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku datang dekat dia, depan tetamu semua dia tanya, "Mu nak nikah tak harini?".

Suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? Haha. Ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku, dia tanya "Ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"


Ustaz tu cuma jawap, "Boleh, memang sah, tapi tak pernah orang buat".
Ayah aku jawap "Orang tak buat biar saya buat".
Dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga.

Dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin,
dan ayah aku la yang jadi tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku.

Mudah tak nak halalkan hubungan? Mudah sangat kalau kita mudahkan.

Inilah kisah bertunang sesaat.

Ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua.

Ya! Ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku.

10/5/2014 - Alhamdulillah, aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia, memang tak perlu pun rasmi tu, tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah.

Sempoi tak baju nikah aku pertama aku? Suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee.

Inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang, kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot.

Insya ALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, jadi berzina itu jadi mudah!

* Update: 10/5/2014 - nikah rasmi itu ialah saya nikah semula di mana lengkap dengan cop imam, surat pejabat agama, HIV test dan kursus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di Malaysia.


itulah kisah Mira Pak Nasir yang tengah diperhebohkan di kalangan pengguna facebook saat ini. Perkahwinan dalam Islam adalah mudah sebenarnya dan tidak terlalu complex seperti mana para ibu bapa yang menginginkan sebuah majlis perkahwinan anak mereka yang begitu gah lagi meriah. Namun syarat ibu bapa itu yang menyukarkan keadaan anak anak untuk menjadikan perhubungan antara pasangan Halal. 

anak anak terlalu mengikutkan kata ibu bapa, jika tidak ikut, risau akan dilabelkan sebagai derhaka dan perkahwinan mungkin tidak mendapat restu ibu bapa sepenuhnya. ianya menyukarkan lagi keadaan. 

jadi sama samalah kita sebagai orang Islam memudahkan lagi urusan perkahwinan anak anak. :)

3 comments:

Norniwanie Nasarudin said...

Kalaulah semua mak dan ayah paham, dan boleh buat macam ni, kan bagus..huhu..siapa tak nak menghalalkan hubungan, kan?

Siti Aisya Ibrahim said...

baguskan ayah dia...tadi suami kita bace, pastuh cerita dekat kita pasal ni, kagum dengan ayah pengantin perempuan tuh...cool habis!

Nik Aisyah said...

hai norniwanie dan siti aisya..
yup kalau lah mak ayah faham kan.. kita pon xnak lah mak ayah nampak benda dunia je yg perlu diperhebohkan.. cukuplah sekadar mendapat saham di akhirat kelak..

wah siti aisya hehe..sweet sgt dgn suami.. hehe..btol..cool!! :D