mercu kejayaan

mercu kejayaan
RASULULLAH BERSABDA: "SABAR ITU PADA PUKULAN PERTAMA" (RIWAYAT MUSLIM)

happy FRIEND. :D

        Assalamualaikum... tengok tajuk tengok tajuk.. happy kan bila melibatkan anda anda anda yang membaca nieh .ehek. FYI, sesiapa yang membaca blog ni, you are myfriend dear.. :) thanks. dalam senyap pon xpe.. hehe..

         Friend... friendship.. indahkan bila kita memiliki perkataan ni.. mereka yang mewarnai kehidupan kita didunia.. mereka yang membuat kita senyum ,mereka membuat kita ketawa, mereka membuat kita berfikir, mereka membuat kita menangis, orang kata ALL in one la ... hehe.. macam macam adoo. tapi kita sebagai orang Islam yang sememangnya setiap pergerakan yang kita lakukan mestilah ada adabnya..berkawan pon ada adab ye.. jangan pernah terlupa.


Persahabatan kerana Allah

Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.
Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :
1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya. 
      Sedikit coretan yang diambil dari blog sahabat.. hebatkan persahabatan.. tapi semakin hari semakin hari persahabatan berlandaskan Allah makin pupus, ianya lebih berlandaskan sifat duniawi, nafsu, materialistik.. bukan nak kutuk sahabat.. tapi.. saya pernah mendapat aduan dari sahabat kerana sahabat... kami berbicara dan bertukar pandangan pasal sahabat..kawan.. since kitorang semua memang rapat since**.. saya xpernah lagi jumpa kawan2 macam diorang.. sayang akan kawan.. betapa rindu mereka terhadap telatah kitaorang masa **..huhu.. even kitaorang jauh tapi hati tetap bersatu..moga persahabatan kita terus berkekalan hingga ke JannahNYA.. Aminn. :)

       Saya pon xfaham dengan sikap manusia yang terlalu memilih untuk berkawan..ye, tidak dinafikan dalam persahabatan kita perlu memilih namun tengok pada syaratnya iaitu seorang yang sentiasa berbuat perkara baik, tidak mengajak kita ke arah lembah durjana, seorang yang dapat kita jadikan peneman dan banyak lagi.. tapi kalau memilih sampai tahap memilih tahap kedudukan seseorang itu (kaya miskin cantik buruk tidak berkedudukan tinggi)... itu melampau, sahabat, ciri ciri yang mereka cari yang bertaste tinggi.. agak2 yang taste tinggi tu boleh tolong ko ke bila ko susah??? haaa???? agak2 yang bertaste tinggi tu bawak ko ke jalan kebaikan ke??? yang taste rendah bawak ko kejalan durjana?? haaa??? *maaftermarah,pembacapembacasayatidaktukan??* =)... kenikmatan dunia yang kita dapat tidak dibawa ke syurga.. malah amal ibadah kita yang membawa kita ke syurga.. cara seorang manusia melayan sahabat itu yang membawa ke syurga.. :) Kisah Rasulullah dengan buah limau pahit.. tahu kan? itu sangat menyentuh hati saya.. betapa Rasulullah menjaga orang sekelilingnya.. subhanallah.. kita? saya? belum tentu sehebat Rasulullah.. in shaa Allah kita usaha bersama sam ya bloggers.

        Alhamdulillah walaupun kita mempunyai sahabat yang pelbagai kerenah dan mungkin mereka menyayangi kita dan mungkin mereka tidak menyayangi kita, tapi ingatlah, kebaikan yang kita berikan kepada mereka akan lahir kebaikan untuk kita.. :) buang perasaan hasad dengki irihati dan perasaan negatif. kita adalah kita. sahabat adalah hadiah yang tidak terkira nilainya. *sayasayangsahabatsahabatsaya*... *praktik diri untuk lebih tersenyum melebar luas ke angkasaa, pon boleh. ehek. love u ols kerana Allah. :)




No comments: