mercu kejayaan

mercu kejayaan
RASULULLAH BERSABDA: "SABAR ITU PADA PUKULAN PERTAMA" (RIWAYAT MUSLIM)

(4:36)

assalamualaikum wbt.. perkongsian ilmu, sering baca coretan ilmu bersama (http://www.facebook.com/ramli.joned?fref=tsUstaz Ramli Joned.. ustaz slalu pesan, jadi anak yang soleh, kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah, perlulah mendapatkan keredhaan dari kedua-dua ibubapa terlebih dahulu..

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun... Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.” (Surah an-Nisa, ayat 36)..

menurut hadis at-Tirmizi, dua kejahatan yiang akan disegerakan balasannya di dunia iaitu zina dan menderhakakan kepada kedua ibubapa.. azab neraka menanti di akhirat.. 

PERTAMA : KEJAHATAN ZINA.
Dalam sebuah hadis, baginda s.a.w. ada bersabda maksudnya : "Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat... TIGA BALASAN DI DUNIA IALAH : kehilangan keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa dalam keadaan susah.... Manakala TIGA BALASAN DI AKHIRAT ialah : kemurkaan Allah, balasan yang buruk, juga azab di Neraka. "..
Rasulullah menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, MAKA AKAN KELUARLAH IMAN daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula... Dalam sebuah hadis lain, riwayat Al-Hakim, baginda bersabda maksudnya : "BARANG SIAPA BERZINA ATAUPUN MINUM ARAK, ALLAH CABUTKAN DARIPADANYA IMAN, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya."...

KEDUA : KEJAHATAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA...
Islam meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa... Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan... Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api Neraka... Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)


'Rabbana atina fid-dunya hasanatan, wa-fil akhirati hasanatan, wa-qina azabannar'.. (surah al-baqarah 2:201).. allahumma aaminn..

No comments: