mercu kejayaan

mercu kejayaan
RASULULLAH BERSABDA: "SABAR ITU PADA PUKULAN PERTAMA" (RIWAYAT MUSLIM)

Patut kita kaji :)

Soalan 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Quran?
Jawapan: Surah At-Takwir

Soalan 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Quran?
Jawapan: Surah Yaasin

Soalan 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah s.w.t.?
Jawapan: Surah Al-Ikhlas

Soalan 4: Berapakah jumlah surah Al-Quran yang memiliki ayat sajadah wajib?
Jawapan: Empat surah (As-Sajadah, Fussilat, An-Najm dan Al-'Alaq)

Soalan 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain r.a.?
Jawapan: Surah Al-Fajr

Soalan 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawapan: Surah An-Nur

Soalan 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan 'Alhamdulillah'?
Jawapan: Lima surah (Al-Fatihah, Al-An'am, Al-Kahfi, Saba' dan Faathir)

Soalan 8: Surah Al-Quran manakah yang memiliki lebih daripada sepuluh nama?
Jawapan: Surah Al-Fatihah

  • Al-Fatihah (Pembuka)
  • Fatihatul Kitab (Pembukaan Kitab)
  • Ummul Kitab (Induk Kitab)
  • Ummul Quran (Induk Quran)
  • As-Sabu'ul Matsani (Tujuh yang Berulang)
  • As-Solah (Solat)
  • Al-Hamd (Pujian)
  • Al-Wafiyah (Yang Sempurna)
  • Al-Kanz (Simpanan yang Tebal)
  • Asy-Syafiyah (Yang Menyembuhkan)
  • Asy-Syifa' (Ubat)
  • Al-Kafiyah (Yang Mencukupi)
  • Al-Asas (Pokok)
  • Ar-Ruqyah (Mantera)
  • Asy-Syukru (Syukur)
  • Ad-Du'au (Doa)
  • Al-Waqiyah (Yang Melindungi)
Soalan 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu tajwid?
Jawapan: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam

Soalan 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Persia pada zaman Rasulullah s.a.w.?
Jawapan: Salman al-Farisi

Soalan 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Quran?
Jawapan: Abul  Aswad ad-Du'ali

Soalan 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak 6 kali?
Jawapan: Surah Al-Baqarah ayat 282
  • Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada AllahTuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah keadaannya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, makahendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan memberi keterangan apabila mereka dipanggil;dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besarsampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak menimbulkan keraguanmu. Tulislah muamalah itu, kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan yang demikian, maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada AllahAllah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Soalan 13: Di dalam ayat manakah tatacara berwudhu dijelaskan?
Jawapan: Surah Al-Maa'idah ayat 6
  • Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu, supaya kamu bersyukur.
Soalan 14: Di dalam surah manakah solat lima waktu disebutkan?
Jawapan: Surah Al-Israa' ayat 78
  • Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malamdan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat.
Soalan 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawapan: Surah An-Nisa'

Soalan 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf raa'?
Jawapan: Surah Al-Kautsar

Soalan 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali r.a.?
Jawapan: Surah Al-'Aadiyat

Soalan 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniyah diturunkan?
Jawpan: Sepuluh tahun

Soalan 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Quran yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawapan: Siti Maryam dan Siti Asiyah (isteri Firaun)

Soalan 20: Surah Al-Quran manakah yang memiliki erti "Wanita yang Diuji"?
Jawapan: Surah Al-Mumtahanah

Soalan 21: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Quran?
Jawapan: Isteri Nabi Luth a.s. dan isteri Nabi Nuh a.s.

Soalan 22: Siapakah wanita yang telah mendapatkan jolokan "at-Thayyibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Quran?
Jawapan: Siti Maryam

Soalan 23: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.?
Jawapan: Surah Al-Maa'idah ayat 3
  • Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamumenyembelihnya, dan diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Dan diharamkan juga mengundi nasib dengan anak panah, mengundi nasib dengan anak panah itu adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu ahgamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Soalan 24: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh wahyu terakhir Al-Quran?
Jawapan: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat

Soalan 25: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawapan: Surah Al-Maa'idah

Soalan 26: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawapan: Surah Al-Ikhlas

Soalan 27: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawapan: Surah Ar-Ruum

Soalan 28: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawapan: Surah An-Nur ayat 31
  • Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereeka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
Soalan 29: Ayat 'Alhamdulillahi Rabb'il 'alamin' disebutakn dalam berapa surah?
Jawapan: Enam surah (Al-Fatihah, Ash-Shaaffat, Al-Mukmin, Az-Zumar, Yunus dan Al-An'am)

Soalan 30: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawapan: Surah Al-Baqarah ayat 61
  • Dan ingatlah, ketika kamu berkata:"Hai Musa, kami tidak bisa sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, iaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya." Musa berkata:"Maukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta." Lalu ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu terjadi kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.
Soalan 31: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diriNya?
Jawapan: Surah Al-Baqarah ayat 186
  • Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu. maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Soalan 32: Dalam berapa ayat Al-Quran Rasulullah s.a.w. disebutkan?
Jawapan: Dalam 305 ayat

Soalan 33: Di dalam ayat manakah nama kelima-lima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawapan: Surah Al-Ahzab ayat 7
  • Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu sendiri, dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh.
Soalan 34: Berapakah jumlah surah Al-Quran yang memiliki nama para nabi a.s.?
Jawapan: Enam surah (Muhammad, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf)

Soalan 35: Di dalam Al-Quran, berapakah nabi yang disebut sebagai suri tauladan yang baik?
Jawapan: Dua orang (Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.)

Soalan 36: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah s.a.w.?
Jawapan: Surah Toha, Yaasin, Al-Muzzammil dan Al-Muddatsir

Soalan 37: Terdapat di dalam surah amanakah kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis?
Jawapan: Surah Saba'

Soalan 38: Surah apakah yang pertama sekali diturunkan?
Jawapan: Surah Al-'Alaq

Soalan 39: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Quran yang pertama sekali diturunkan?
Jawapan: 7 ayat dan 29 kalimat

Soalan 40: Surah mankah yang pertama sekali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia?
Jawapan: Surah Al-Fatihah

Soalan 41: Surah apakah yang pertama sekali turun di Madinah?
Jawapan: Surah Al-Mutaffifin

Soalan 42: Terdapat di dalam ayat manakah doa pertama Al-Quran?
Jawapan: Surah Al-Baqarah ayat 126
  • Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa:"Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman:"Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani seksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."
Soalan 43: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain r.a. di kota Syam?
Jawapan: Surah Al-Kahfi ayat 9
  • Apakah kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan yang mempunyai raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?
Soalan 44: Berapa kalikah nama Rasulullah s.a.w. disebutkan di dalam Al-Quran?
Jawapan: Lima kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad

Soalan 45: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan dalam Al-Quran?
Jawapan: Nabi Musa a.s.

Soalan 46: Kisah Al-Quran manakah yang mendapat jolokan 'Ahsan al-Qasas' (Kisah Terbaik)?
Jawapan: Kisah Nabi Yusuf a.s.

Soalan 47: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w.?
Jawapan: Surah Al-Israa'

Soalan 48: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Quran?
Jawapan: Siti Maryam

Soalan 49: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawapan: Surah An-Nur

Soalan 50: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahraa a.s.?
Jawapan: Surah Al-Kautsar

Soalan 51: Nama surah manakah yang bererti "kaum wanita"?
Jawapan: Surah An-Nisa'

Soalan 52: Berapakah jumlah surah Al-Quran yang memiliki nama binatang?
Jawapan: Lima surah (An-Nahl, Al-Ankabut, An-Naml, Al-Baqarah, dan Al-Fiil)

Soalan 53: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawapan: Burung ababil

Soalan 54: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawapan: Nyamuk

Soalan 55: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawapan: Lebah (Surah An-Nahl ayat 68)
  • Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah:"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohin-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia."
Soalan 56: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.?
Jawapan: Imam Ali a.s., Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Kaab dan Abu Zaid bin Nu'man

Soalan 57: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Quran?
Jawapan: Said bin Jubair

Soalan 58: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Quran?
Jawapan: Imam Ali a.s.

Soalan 59: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Quran?
Jawapan: Air susu

Soalan 60: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Quran?
Jawapan: Nyamuk

Soalan 61: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Quran?
Jawapan: Malam Lailatul Qadar

Soalan 62: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Quran?
Jawapan: Secara tartil

Soalan 63: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawapan: Al-Quran, Injil, Taurat, Zabur dan suhuf-suhuf 

Soalan 64: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (saudari Al-Quran)?
Jawapan: Buku Ash-Shahifah as-Sajjadiyah

Soalan 65: Siapakah di antara Imam a.s. yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Quran?
Jawapan: Imam Sajjad a.s.

Soalan 66: Terdapat di dalam surah apakah ayat Al-Quran yang paling pendek?
Jawapan: Surah Ar-Rahman ayat 64 (mudhaammatan)
  • kedua syurga itu kelihatan hijau tua warnanya
Soalan 67: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Quran?
Jawapan: Bulan Ramadhan

Soalan 68: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Quran?
Jawapan: Surah Al-Baqarah ayat 282

Soalan 69: Terdapat di dalam surah manakah angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Quran?
Jawapan: Surah Al-Anfaal ayat 65
  • Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antaramu, mereka dapat mengalahkan 1000 daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.
Soalan 70: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Quran?
Jawapan: Huruf Alif

Soalan 71: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Quran?
Jawapan: Huruf Zha'

Soalan 72: Apakah kalimat Al-Quran yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawapan: Faaskoina kumuuhu dalam Surah Al-Hijr ayat 22
  • Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan tumbuh-tumbuhan dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.
Soalan 73: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Quran yang terpanjang?
Jawapan: 25,500 huruf (Surah Al-Baqarah)

Soalan 74: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Quran yang terpendek?
Jawapan: 42 huruf (Surah Al-Kautsar)

Soalan 75: Di manakah surah pertama Al-Quran diturunkan?
Jawapan: Di Makkah

Soalan 76: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawapan: Surah As-Sajadah

Soalan 77: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawapan: Surah Al-Ikhlas

Soalan 78: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi a.s. ketika beliau muncul kembali?
Jawapan: Surah Hud ayat 86
  • Sisa keuntungan dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu
Soalan 79: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan 'Raihanatul Qur'an'?
Jawapan: Surah Yaasin

Soalan 80: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawapan: Surah Faathir

Soalan 81: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makkiyah diturunkan?
Jawapan: Tiga belas tahun

Soalan 82: Apakah hiasan Al-Quran?
Jawapan: Suara yang indah

Soalan 83: Apakah musim semi Al-Quran?
Jawapan: Bulan Ramadhan

Soalan 84: Apakah zikir terbaik?
Jawapan: Membaca Al-Quran

Soalan 85: Terdapat di dalam surah manakahperintah untuk berselawat kepada Rasulullah s.a.w.?
Jawapan: Surah Al-Ahzab ayat  56
  • Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

No comments: