mercu kejayaan

mercu kejayaan
RASULULLAH BERSABDA: "SABAR ITU PADA PUKULAN PERTAMA" (RIWAYAT MUSLIM)

10 julai 2013 bersamaan 1 ramadhan 1434 H

alhamdulillahirobbilalamin.. syukur padaNYA, roh masih dijasad kita untuk terus berjuang dibumi Allah swt yg sementara ini... moga setiap pergerakan,tutur bicara dan bisikan hati adalah dipenuhi dengan barakahNYA.. amin ya robbalalamin..

hari ini dan tahun ini buat pertama kalinya berpuasa di UTM, kalau tidak kerana penglibatan program or papehal berkaitan u, memang tidak akan merasa puasanya di UTM.. alhamdulillah, bersahur juga kami dengan ape ape yang ada.. :) (roti+nescafe) .. macam sedih kan, teringat kat rumah, bersahur dengan nasi, huhu almaklum la sini rice cooker memang benda "haram" dibawak (untuk peraturan u huhu )... kalau semue benda perkakas dapur boleh bawak, memang bawak lah, wat satu bilik khas untuk penyimpanan barang2 dapur hehe.. tiap2 hari masak, sahur pon boleh masak lagi..
memandangkan keadaan begini, terpaksa kami bersahur ala kadar... tapi alhamdulillah xkira ape juadah sahur kita, asalkan bersahur.. even meneguk segelas air pon dikira bersahur.. n dibekalkan buah kurma oleh umi, dapat jugak kami bersahur dengan kurma. (ini sunat hehe).. 

semalam jugak adalah bermulanya solat terawih. kami bersama2 menunainya di masjid sultan iskandar (MSI)UTM.

walaupon ade beberapa ujian yang perlu kami laluan, namun ianya xkan mematahkan semangat kami. ini ujian dari NYA.. kita perlu redha, jangan cepat melatah, jangan cepat merungut, Allah sayang orang yang bersabar.. :) riwayat muslim "sabar itu adalah pada ketukan pertama".

Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.


disertakan hati yang ikhlas dan redha..
inshaAllah moga ramadhan kali ini diberkati Allah swt..
kita manusia, mampu merancang, DIA jugak merancang dan DIA adalah penentunya.
usaha + doa + istiqamah = tawakal + redha
syukran :)

FESKO 51 UTM

assalamualaikum wbt bloggers sekalian.. sesungguhnya dah lame tak update blog.
buka je tapi xde idea nak post n pluss malas hehe.
tapi sesungguhnya dah nak ramadhan..
ahlan wahsalam ya ramadhan kareem..
moga penuh barakahNYA..
sesungguhnya saya terlibat dengan ini..
sesungguhnya tidak ku rancang pon, dan sesungguhnya ini adalah perancangan Allah swt..
kita tidak menyangka apa yg bakal berlaku.
just follow the flow..
inshaAllah ade hikmahnya..hehe.

doakan moga berjalan dengan lancar..=)